23 March 2011

RoOfTop RaNt-hLovatE



Teaser:

 lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan
 
Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!
 
Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!
 
Hidup tak selalunya lawa
Tak selalunya ada pelangi
Kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang... bilamana ‘malapetaka’ tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas
 
Dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...
tentang Trisy dan Jade...
tentang bukit yang sayup di depan
tentang angin yang membawa salam di belakang
tentang lang sewah yang berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yang bersesak-sesak di bawah
dan mereka terus bercerita...
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa
mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?
 
ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya....

Sinopsis:
Kisah perasaan seorang remaja,Trisy yang bergelut dengan kemelut keluarga.Sungguhpun datang dari keluarga berada,tetapi jiwanya kosong.Dan dia mula memberontak secara diam,menjadi rebellious di sekolah dan di rumah.Bertembung pula dengan Jade di atas bumbung,dan secara tidak sengaja meluahkan rasa hati tentang keluarganya.Jade banyak memberi konsultasi dengan hanya mendengar segala cerita Trisy,sambil membuat lakaran kartun.Jade memang berbeza latar belakang berbanding Trisy.Jade bukan anak orang kaya,duit dicari sendiri dengan menjual burger bagi membeli peralatan melukisnya.
Klimaks bermula,bilamana Trisy overdose pils dan diwadkan di wad psikiatri.Dari situ, ibu bapa Trisy nekad menghantar Trisy ke rumah atuk dan opah di JB.Trisy banyak berubah ke arah kebaikan semasa di JB dan mula membaca kitab-kitab Pak Su nya.Pak Su nya yang banyak membimbing dirinya dan dia berjaya memperolehi SPM yang membanggakan.Sementara Jade berjaya menjadi pelukis setelah Trisy memperkenalkan Jade dengan Jason yang merupakan rakan abangnya,Jazz. 
Trisy diterima di KMS Seremban dan melanjutkan pelajaran di Aberdeen.Terdapat juga diselitkan Jebat dan Lekiu(5 Tahun 5 Bulan),mags 7(Tunas),dan juga Jo and Along(5 Tahun 5 Bulan) dalam novel yang sebelumnya semasa di Aberdeen.Trisy tidak terbuka hati walaupun di lamar Lekiu.
Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan.Trisy kembali semasa cuti semester dan bertemu Jade.Lalu mereka mengikat tali pertunangan.

p/s:


Thanks to RESENSI NOVEL for da info

From HLOVATULIS :

rooftop rant:of a new book,of a new chapter
Selama ini dia sendirian tak pernah berteman bila mana dia duduk di tempatnya;di hujung sudut kanan untuk melakar awan dan melontar pandangan sejauhnya. Pilot Shaker dan sketchbook di tanganlah selama ini teman setia.Namun tiba-tiba ada yang bertandang tak diundang ke jajahannya entah jatuh dari langit mana.Lari dari segala kekusutan kepala ke sini untuk kini dikusutkan semula?Dia sendiri tak pasti segala yang berlaku ini membawa petanda apa.Dia;the Jaded Jade in the Middle katanya.

Bukan pelik kalau nak dikatakan dia hidup hanya sebagai jasad bernyawa.Sebab segala yang didengar telinga itu tak bawa makna dan yang dipandang mata itu kosong tanpa warna.Dia mencari tenang damai dengan meninggalkan realiti dunia nyata,untuk tenggelam dalam fikiran sendiri di dalam kepala.Hujung sudut kiri bumbung ini,itu kawasannya.Dia;Batrisya.

Di atas bumbung Wisma Topaz segalanya bermula.Tangga lapuk masam Wisma Topaz empat tingkat itu yang mula menghubungkan hidup keduanya.Bumbung kusam yang menadah awan tanpa atap itu yang menjadi telaga damai untuk menelah persoalan yang tak pernah ada hitam putih jawapannya.Tembok batu bisu di situ yang menjadi saksi kepada seribu satu harapan dan mimpi,cerita dan bicara.

Saya xpandai menulis~tapi saya pandai bercerita..READ,COMMENT,LIKE?

No comments:


close

 
Nurulnasuha's blog ❤