26 February 2012

A Letter From Heart


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Kpdmu yg akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih krn telah memilihku di antara jutaan bidadari di luar sana..Aku bukan wanita yg sempurna.. Maka ketahuilah..

Kpdmu yg akan memilihku kelak..

Aku tdk sebijak Siti Khadijah, aku bisa melakukan kesilapan dan menyusahkanmu kelak. Maka aku mohon kpdmu, bijaklah dlm menanganiku, jgn memarahiku, nasihatilah aku dgn penuh hikmah, krn bagiku kaulah pemimpinku, tdk akn sekali-kali aku membantah segala kata-katamu serta permintaanmu..



Duhai kau yg telah memilihku kelak.. Ingatlah, tdk selamanya aku bisa kelihatan cantik di matamu, ada kalanya aku akn begitu kusam dan rimas. Mungkin krn aku begitu sibuk bekerja di dapur, menyiapkan makan untuk dirimu dan anak-anak kita nanti –insya’Allah. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau krn seharian aku harus menghias istana kecil kita, agar dirimu dan anak-anak kita dpt tinggal dgn selesa dan bersih. Maka mungkin aku tdk sempat berdandan utk menyambutmu ketika pulang bekerja.. Atau kau akan melihat diriku mengantuk di saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan krn aku tdk suka menjadi tempat menumpahkan segala rasamu, tapi krn semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tdk sedetik pun tidur krn harus menjaga malaikat kecil kita yang sdg merengek, dan aku tahu dirimu letih dlm usaha mencari rezeki utk kami.. krn itu aku tdk mahu mengusik lelapmu walau sedikit pun.. Jadi jika esok pagi kau melihatku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, krn kau adalah kekuatanku..

Padamu yg menjadi nahkoda dlm hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tdk sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan melihatku begitu marah, menangis dan tdk terkawal, bukan krn aku membantah kata-katamu serta permintaanmu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlukan tempat utk menumpahkan beban di hatiku, tempat utk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tdk bersama-samamu, atau kau begitu sibuk dgn pekerjaanmu, maka bersabarlah, aku hanya perlukan pelukan dan belaian kasihmu.. Krn bagiku dirimu adalah titisan embun yg mampu memadamkan segala resahku..


Atau ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul perlahan si kecil krn lelah dan penatku ditambah dgn rengekannya yg tdk henti. Sungguh bukan krn aku ingin menyakitinya, tapi terkadang aku kehabisan cara utk menenangkan hatinya. Maka jgn memarahi aku krn telah menyakiti buah hati kita, tapi cukuplah kau usap kepalaku, dan bisikkan kata-kata sayang di telingaku, krn dgn itu aku tahu kau selalu menghargai apa-apa yg aku lakukan utk dirimu dan anak-anak, dan kau akan melihatku menangis menyesali perlakuanku pada anak-anak kita, dan aku akan berasa jutaan kesakitan kesan cubitan yg telah aku berikan kpdnya, dan aku akan berjanji tdk akan mengulanginya lagi..

Padamu yg menjadi imam dlm hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tdk sepintar Aisyah.. Maka jgn pernah bosan mengajarku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadangkala aku begitu kosong dan tdk tahu apa-apa, jgn pernah letih mengajarku.. Jgn segan mem
bangunkan aku di sepertiga malam utk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jgn letih mengingatkan aku utk terus bersamamu meraih pahala dlm amalan-amalan sunat.. Pimpinlah tanganku ke Jannah-Nya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya..



Padamu yg menjadi kekasih hati dan teman hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan melihat rambutku yg dulunya hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yg dulunya bersih akan mulai berkedut. Tanganku yg dulunya halus akan menjadi kasar.. Dan kau tdk akan melihatku sebagai wanita cantik, yg kau nikahi puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Kerana satu yang tdk pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah rasa cintaku padamu..

Ketahuilah.. Setiap hari, setiap jam, minit dan detiknya, telah aku lalui dengan sentiasa mencintaimu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..

Maka,terimalah aku seadanya wahai pedampingku..insyaAllah,moga kasih sayang kita kekal berpanjangan hingga ke Al-Firdaus..amin~


LOVEyouFOREVER


Saya xpandai menulis~tapi saya pandai bercerita..READ,COMMENT,LIKE?

2 comments:

FiQa said...

touching~


:'(

Nurul Iman said...

agak2 bile boleh mkn nasi minyak? huhu
sy doakan semoga kekal, insyaAllah :)


close

 
Nurulnasuha's blog ❤