12 March 2011

5 TahuN 5 buLaN-hLovatE


Sinopsis:
Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...

Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni. Lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.



Namun inilah permulaannya dia belajar menajdi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya....


Kata Ana:
Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.


Kata hati Along:
Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.


Siapa Ana? Dan siapa pula Jo di dalam hidup Along?


Sepertimana dia cekap sebangai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. Namun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak mula. Hatinya pernah berperi:boys're stupid. Some men too.

Hlovate mengungkap roman-komedi ini dalam bahasa basah serta jenaka yang selamba.Pelajar luar negara ini mengadun 5 Tahun 5 Bulan secukup rasa;enak di mulut;berkhasiat di minda;penawar di hati...mengisi nurani.

p/s:
Kisah seorang pelajar luar negara yang sangat rendah diri, tapi bijak dalam study.
Bagaimana dia seorang Johanna, menjadi dua karakter Jo atau Ana. Jo lebih kasar, tidak suka cintan cintun, manakala Ana lebih lembut, dan bersifat lebih kepada suri dalam rumah. Ana yang menjadi orang gaji sementara menunggu keputusan panggilan ke luar negara telah mengambil hati seluruh isi keluarga En Lutfy. Walau dalam keadaan tertekan, Ana masih tetap tenang.

3 bulan mengikut kontrak sebagai orang gaji En Lutfy, memberi kesan yang mendalam pada keempat-empat anak En Lutfy. Along terutamanya selalu sahaja memberi ujian dan dugaan pada Ana, macam-macam komplen. Tapi bila Ana pergi, sunyi sepi pula rumah En Lutfy.

Bagaimana kisah percintaan yang seperti tarik tali antara Along dan Ana, masing2 dengan prasangka masing2.

Dalam novel ini, ada resepi Peach Cobbler di akhir muka surat, ini yang lain dari novel lain, biasa biodata penulis shj dan novel2 dalam promosi. Juga ada Glossari terhadap beberapa perkataan yang tidak faham. Juga ada nota kaki!. Macam baca literature pulak!

Saya xpandai menulis~tapi saya pandai bercerita..READ,COMMENT,LIKE?

No comments:


close

 
Nurulnasuha's blog ❤