12 March 2011

aA+bB-hLovatE



Teaser:
Selagi apa sahaja hidup bersama masa,maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.Membesar dan belajar dengan pengetahuan dan pengalaman,dari bangku sekolah ke alam kerjaya dan rumahtangga.Membesar dan belajar tentang hidup dan mengenal diri sendiri,dari usia remaja menganjak ke usia dewasa.
    Addin belajar mengenal diri dengan perjalanan bersama masa.Benz belajar mengenal apa yang dicari dalam hidup dengan perjalanan bersama usia.Sama-sama mereka pernah menjadi 'a' dan 'b' yang masih 'kecil' di usia muda remaja di zaman sekolah yang penuh gelak ketawa riang ria.Sama-sama juga mereka menjadi 'A' dan 'B' yang telah 'membesar' dengan usia menjadi dewasa.Dan sama-sama menerima kenyataan yang pembelajaran bukan hanya terhenti di pagar sekolah semata.Hidup mengajarkan pengalaman di luar silibus yang kurikulumnya tak tertulis nyata di mana-mana.


    'aA+bB' adalah sebuah kisah perjalanan.Perjalanan bersama masa.
Semua orang belajar,semua orang membesar.Tetapi tidak semua orang menjadi dewasa....

Sinopsis:
cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin.

Inilah.. sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA+bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:

a. membesar dan belajar dgn pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran.

b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak

7 tahun selepas itu...

Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dgn jurutera, yang bukan pilihannya?

Apa yang terjadi kala sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?
Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A+B=Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka saling membenci, saling memendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband?~Benz

Saya xpandai menulis~tapi saya pandai bercerita..READ,COMMENT,LIKE?

No comments:


close

 
Nurulnasuha's blog ❤